Saya buat blog yang bernama Konar Leper disebabkan namanya agak lucu bila didengari. Perkataan Konar Leper berasal dari negeri Kelantan iaitu negeri kelahiran saya. Konar Leper bermaksud corner layangan seakan motoGp iaitu membuat corner sehingga nak tersentuh lutut. Ramai penunggang motor yang suka melakukan perkara ini terutama sekali Mat Rempit kerana bila kita membuat corner biasa ia agak lambat berbanding Konar Leper, tetapi apabila tersilap langkah kecundang akhirnya.
Sebelum ni saya pernah lihat remaja membuat aksi ni di round box tapi sayang slerok atau terbabas di jam 3, habis semua orang kat sekeliling gelak tanpa rasa kesian dekat budak tu, itu lah jadinya bila over action time bawak motor, dia ingat ni litar sepang ke apa.
Mr Konar Leper digelarkan kepada penunggang yang selalu konar leper bila jumpa corner dan Sep Konar Leper digelarkan kepada kumpulan penunggang yang membuat konar leper beramai-ramai.
Post saya kali ini bagi menceritakan kenapa saya membuat blog Konar Leper dan apa itu Konar Leper.
No comments:
Post a Comment